GROLIER NOTIS PRIVASI
Kepada Pelanggan dan Kontraktor Bebas Yang DiHormati,
Merujuk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (atau secara ringkas, “Akta”) yang telah dikuat kuasakan sejak 15hb November 2013, Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. (“GROLIER”) akan memastikan bahawa kami mematuhi syarat Akta tersebut. Dengan ini, kami memaparkan Notis Privasi pengurusan Data Peribadi anda yang diterima oleh pihak GROLIER untuk rujukan semua Pelanggan dan Kontraktor Bebas kami.
PERSETUJUAN DARIPADA PELANGGAN
Dengan menandatangani kontrak jualan untuk mengesahkan pembelian produk GROLIER, anda telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada GROLIER untuk mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan dengan pembelian anda seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
PERSETUJUAN DARIPADA KONTRAKTOR BEBAS
Dengan memberikan Data Peribadi anda dan menandatangani Wakil Jualan Perjanjian dengan GROLIER, anda mengakui bahawa anda telah dimaklumkan mengenai tujuan pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi anda, dan dengan ini anda memberikan kebenaran kepada GROLIER untuk mengumpul, menggunakan, memproses, menyimpan dan mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
(A) PELANGGAN
GROLIER akan memproses Data Peribadi anda seperti disenaraikan di bawah, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang telah diberikan oleh anda melalui Kontrak Jualan kepada Grolier bagi tujuan urusan pembelian anda melalui transaksi jualan langsung kami:
- Nama, nombor kad pengenalan, umur, nombor TIN
- Maklumat pekerjaan (jawatan, nama syarikat)
- Nombor untuk dihubungi, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon rumah dan pejabat, nombor telefon bimbit, alamat e-mel
- Gambar rumah/pejabat sebagai bukti penghantaran
- Maklumat pasangan seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit dan pejabat, nama majikan, jawatan, tempoh perkhidmatan, serta nombor telefon bimbit dan pejabat saudara terdekat
- Maklumat kad bank / nombor akaun bank
(B) KONTRAKTOR BEBAS
GROLIER akan memproses Data Peribadi anda seperti disenaraikan di bawah, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat yang telah diberikan oleh anda melalui borang permohonan kepada GROLIER bagi tujuan berkaitan Perjanjian wakil jualan anda sebagai Kontraktor Bebas:
- Nama, nombor kad pengenalan, umur, jantina, status perkahwinan, kewarganegaraan, nombor TIN
- Nombor lesen memandu
- Nombor untuk dihubungi, alamat rumah, nombor telefon rumah dan nombor telefon bimbit, alamat e-mel
- Tarikh dan tempat lahir
- Nama bank, nombor akaun bank dan maklumat akaun bank
- Kelayakan akademik
- Pengalaman kerja
- Nombor kecemasan untuk dihubungi
- Nombor rujukan untuk dihubungi
kesemua di atas (A) dan (B) diringkaskan sebagai “Data Peribadi”
TUJUAN DAN PENGGUNAAN DATA PERIBADI
(A) PELANGGAN
GROLIER akan menggunakan dan/atau memproses Data Peribadi, antara pelbagai penggunaan lain, untuk:
- Memaklumkan tentang promosi baru syarikat
- Memproses bayaran dan mengemas kini sehingga bayaran diselesaikan
- Berkomunikasi dengan pelanggan
- Penyelenggaraan system maklumat pelanggan dan mana-mana proses berkaitan dengan perkhidmatan pelaggan
- kajian pasaran dan analisis trend
- Menyiasat aduan dan transaksi yang mencurigakan
- Maklumat pasangan digunakan sebagai nombor alternatif yang boleh dihubungi
- Nombor telefon saudara yang terdekat digunakan sebagai nombor rujukan sekiranya pelanggan menukar nombor telefon tanpa memaklumkan kepada GROLIER
(B) KONTRAKTOR BEBAS
GROLIER akan menggunakan dan/atau memproses Data Peribadi, antara pelbagai penggunaan lain, untuk:
- Pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan syarat cukai yang berkenaan
- Pengesahan identiti dan lesen memandu anda
- Menilai kesesuaian, kelayakan dan keupayaan anda untuk dilantik sebagai Kontraktor Bebas
- Menyedia dan mentadbir perjanjian serta hubungan kontraktual yang sah antara anda dan GROLIER
- Menyediakan sebarang pembayaran atau pengagihan komisen yang diperolehi
PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
(A) PELANGGAN
GROLIER tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda selain daripada tujuan seperti mana Data Peribadi anda diperolehi. Walaubagaimanapun, Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak-pihak seperti berikut:
- Ejen-ejen penjual kami dan penyelia penjual di mana anda membuat pembelian produk Grolier
- Dalam keadaan kelewatan atau kegagalan pembayaran, data peribadi anda akan didedah kepada peguam yang dilantik, agensi kutipan hutang dan agensi pelaporan kredit (CTOS)
- Mana-mana individu yang terikat dengan kewajipan kerahsiaan dan telah bersetuju untuk memastikan data tersebut kekal sulit
Data Peribadi anda juga mungkin didedahkan jika diperintah oleh penguatkuasa undang-undang atau dengan niak baik.
(B) KONTRAKTOR BEBAS
GROLIER tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda selain daripada tujuan seperti mana Data Peribadi anda diperolehi. Walaubagaimanapun, Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak-pihak seperti berikut:
- Pihak berkuasa cukai – untuk memenuhi syarat undang-undang dan percukaian
- Institusi Kewangan – untuk tujuan pemprosesan komisen atau pembayaran lain yang perlu dibayar kepada anda
- Penasihat undang-undang/pengawal selia – sekiranya berlaku sebarang tuntutan, pertikaian, siasatan atau prosiding undang-undang.
- Mana-mana individu yang terikat dengan kewajipan kerahsiaan dan telah bersetuju untuk memastikan data tersebut kekal sulit
Data Peribadi anda juga mungkin didedahkan jika diperintah oleh penguatkuasa undang-undang atau dengan niak baik.
SEKURITI
GROLIER akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan kaedah yang selamat jika dalam keadaan yang praktikal dan mencegah sebarang penggunaan Data Peribadi anda secara tidak sah termasuk kehilangan, penyalahgunaan, perubahan, pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, atau kerosakan seiringan dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
Dengan penggunaan berterusan atau pembelian produk dan servis GROLIER, anda menerima dan bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh GROLIER untuk tujuan yang tertera di atas.
PENGEKALAN DATA PERIBADI
GROLIER akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan semua Data Peribadi dihapuskan atau dipadam secara kekal apabila tidak lagi diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan dan diproses.
AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA
Anda boleh pada bila-bila masa boleh membuat permohonan bertulis untuk mengakses atau membuat sebarang pembetulan ke atas Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat dan terkini. Oleh itu, kami meminta sekiranya terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda, anda hendaklah memaklumkan kami terus melalui POS berdaftar, e-mel atau menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah:
| Alamat Surat-Menyurat: | Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 7.07 & 7.08, 7th Floor, Plaza First Nationwide, No.161, Jalan Tun HS Lee, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Alamat E-mel: | dpo@grolier.com.my |
| No. Telefon: | 03-2688 1688 |
Kami mengucapkan terima kasih ke atas penerimaan terma dan syarat pemprosesan Data Peribadi anda oleh syarikat kami seperti di atas.
Terima Kasih.
PERSETUJUAN TESTIMONI PELANGGAN
1. Persetujuan untuk Menggunakan Imej, Foto, Rakaman Video, Rakaman Audio dan Testimoni
Dengan menandatangani borang persetujuan, anda dengan ini memberikan Grolier (Malaysia) Sdn. Bhd. (“GROLIER”), Wakil Jurujual Pendidikan, pekerja syarikat, dan menyerahkan hak dan kebenaran yang tidak boleh ditarik balik untuk menggunakan imej, foto, rakaman video, rakaman audio, dan/atau testimoni bertulis atau lisan yang diambil daripada anda atau diberikan oleh anda berkaitan dengan pengalaman anda dengan GROLIER mengenai produk-produk atau perkhidmatannya.
Anda memahami dan bersetuju bahawa bahan ini boleh digunakan untuk tujuan promosi, pengiklanan atau pemasaran dalam pelbagai bentuk media, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Laman web syarikat
- Platform media sosial
- Bahan pemasaran bercetak (brosur, risalah, poster)
- Televisyen atau iklan video dalam talian
- Siaran akhbar dan bahan perhubungan awam
- Persembahan dalaman dan latihan
2. Penyertaan Sukarela
Anda memahami bahawa:
- Penyertaan anda adalah secara sukarela.
- Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada dpo@grolier.com.my
- Setelah diterbitkan, sesetengah kegunaan (terutamanya dalam talian atau bahan bercetak) mungkin sukar untuk ditarik balik, dan GROLIER akan membuat usaha yang munasabah untuk menghentikan penggunaan masa depan selepas pengeluaran tetapi tidak dapat menjamin penyingkiran semua pengedaran terdahulu.
Notis Privasi Perlindungan Data Peribadi ini dikemas kini pada 1hb Jun 2025.
